kedaibuku.net
kedaibuku.net kedaibuku.net
kedaibuku.net
kedaibuku.net kedaibuku.net kedaibuku.net
 

Login Form






Hilang Katalaluan?
Tiada akaun lagi? Daftar
 
kedaibuku.net kedaibuku.net kedaibuku.net
kedaibuku.net kedaibuku.net kedaibuku.net
 
Advertisement
 
kedaibuku.net kedaibuku.net kedaibuku.net
kedaibuku.net kedaibuku.net kedaibuku.net
 
Rahsia Panjang Umur dan Kekal Muda
 
Buku ini adalah sebagai buah tangan yang dihidangkan sebagai bahan bacaan ringan tetapi penuh bermakna terutama kepada orang yang menghayati setiap detik kehidupan yang dilalui. Kandungan asalnya adalah  daripada petikan ucapan Dr. Burhanuddin Al-Helmy sewaktu persidangan agung persatuan Homeopati pada tahun 1963. Kandungan ucapan tersebut walaupun secara ringkas namun mengandungi maksud tersurat dan tersirat yang amat mendalam. Penggunaan bahasa yang mudah difahami menjadikan amat mudah menghayati maksud yang ingin disampaikan. Ianya bukanlah berbentuk ilmiah semata-mata, namun begitu isinya bukanlah kosong tidak bermakna.
    Di dalam buku ini terkandung dua bahagian. Bahagian pertama ialah Menjaga Kesihatan dan Panjang Umur. Bahagian kedua pula bertajuk Bagaimana Menjaga Kesihatan dan Mengekalkan Muda. Bahan yang dimuatkan ini adalah daripada sumber asli yang diperolehi daripada Arkib Negara Malaysia sewaktu saya mencari-cari bahan
 
untuk menyiapkan tesis sarjana. Lalu saya asingkan khazanah berharga ini sebagai koleksi peribadi. Menyedari bahawa khazanah ini merupakan ilmu yang  bernilai tinggi dan sukar diperolehi, elok rasanya saya berkongsi pengetahuan ini dengan masyarakat umum. Setelah tiba waktu dan saat yang sesuai saya menyusun dan menjadikannya sebagai sebuah bahan bacaan. Beberapa struktur ayat, kosa kata, dan perkataan sengaja dikekalkan untuk menyedapkan bacaannya dan mengekalkan semangat asal bahan ini. Di samping itu saya menambah beberapa bahagian untuk melengkapkan sebagai sebuah buku.
 
 
Cara pembayaran

Image

1228-0000035-10-1 (Bina Alam Resources)

 
 
kedaibuku.net kedaibuku.net kedaibuku.net
kedaibuku.net kedaibuku.net kedaibuku.net
 
© 2010 kedaibuku.net
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
All Rights Reserved 2007 © Designed by:
wordpress design Replica Rado watch
 
kedaibuku.net kedaibuku.net kedaibuku.net kedaibuku.net